CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 28, 2009

PESANAN BERSAMA ...

Dik ,
Dugaan hidup adalah asam garam dalam kehidupan…setiap orang akan melaluinya…sekiranya dugaan sedang melanda banyak-banyak bersabar,istigfar mohon ampun pada Allah,tidak Allah jadikan sesuatu dengan sia-sia,pasti ada hikmah di sebaliknya.

Dik,
Tiada manusia yang sempurna di dunia ini,tiada manusia yang sunyi dari kesilapan dan kesalahan….namun begitu berusahalah agar kita menjadi mukmin dan muslim yang sempurna imannya…kerana iman itu boleh bertambah dengan amal soleh dan iman boleh berkurang dan menipis dengan maksiat dan jauh dari Allah.

Dik,
Allah berfiman dalam surah Al-Asr yang maksudnya( Demi masa….sesungguhnya manusia itu dalam kerugian melainkan mereka yang beriman dan mereka yang beramal soleh dan mereka yang berpesan-pesan pada kebenaran dan mereka yang berpesan-pesan dengan kesabaran )….

Justeru itu alangkah baiknya sekiranya kita saling tegur menegur,nasihat menasihati ,ada rasa tanggungjawab sesama kita untuk menegur sekiranya ada kesilapan.pihak yang menerima teguran menerima dengan hati yang lapang dan terbuka,pihak yang menegur pula hendaklah menegur dengan niat membawa kebenaran ,membawa kebaikan dan ikhlas menegur lillahi Taala.
Cara tegurannya dengan berhemat,hendaklah sabar dalam berpesan-pesan.

Dik,
Terkadang kita tak terperasan dalam tutur kata,dalam tindaktanduk atau keputusan yang kita buat rupanya kita telah tersilap…..siapa yang akan beritahu kalau tidak sesame kita….kita umpama cermin pada yang lain….kita nampak diri kita pada keluarga kita,saudara kita atau sahabat kita….umpama cermin…kalau tiada cermin mana mungkin kita nampak diri kita sendiri…bila kita lihat cermin barulah kita tahu kemas atau comotnya kita,bersih atau kotornya kita,betul atau salahnya kita…jadi jangan cepat melenting bila di tegur…Sebaiknya dengar , fikir dan bincang dengan baik…insyaallah semuanya khair….

Dik,
Sekiranya ada sesuatu permasalahan… jangan dengar dari sebelah pihak sahaja…perlu dengar dari kedua-dua pihak….kalau kita dipertanggungjawabkan untuk memutuskan atau menyelesaikan sesuatu perkara,kedua-dua pihak perlu bersemuka dan mendengar dari keduanya…itu lebih adil….penilaian tidak dapat dijalankan dengan baik menerusi maklumat sebelah pihak sahaja….Sekiranya kita yang terlibat pula,perlu bagi kita bersuara bagi melahirkan apa sebenarnya yang terjadi,sekiranya kita mengambil keputusan untuk mendiamkan diri,ia tidak membantu malah memberi kesan buruk jangka panjang…malahan tindakan kita itu mengundang salah faham yang berlarutan …diam tandanya setuju…jadi segala kesalahan akan terbeban dan tergalas di bahu kita sendiri…tiada siapa yang sudi membela… walaupun sebenarnya tidak semua kesalahan itu berpunca dari kita…tegakkan lah kebenaran sekiranya kita di pihak yang benar….jangan diamkan diri…atau mengelak dari memberi penjelasan….jelaskanlah agar permasalahan dapat diselesaikan dengan mudah…Namun sekiranya kita bersalah sekalipun diam bukan jalan terbaik…..akuilah kesilapan tersebut…kerana semua manusia pernah buat kesilapan ….pilihlah untuk mengakui kesilapan ,minta maaf ,mohon ampun ,beristigfar kepada Allah,bertaubatlah….insaflah…kerana pintu taubat masih terbuka untuk kita …. Itulah jalan terbaik untuk kita dan untuk semuanya….

Dik,
Fikirkanlah untuk ayahbonda,anak-anak dan keluarga…buatlah keputusan yang terbaik untuk semua….

0 comments: