CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, February 14, 2009

GERHANA



Diriwayatkan oleh imam Muslim yang bermakna :
Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.
Walaupun begitu, disunatkan sembahyang gerhana dua rakaat.
Rencana ringkas mengenai gerhana dalam Islam adalah seperti berikut:-
Definasi Kusuf dan Khusuf
Kusuf
dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari samada terlindungnya itu dalam bentuk juzu'nya atau keseluruhannya.
Khusuf
pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan secara juzu' atau pun keseluruhannya.
Ada juga ulama' yang berpendapat sebaliknya dan ramai ulama' yang menyatakan bahawa kedua-dua kalimah itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali samada gerhana bulan atau pun matahari.
Hukum Solat Gerhana Matahari
Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan
sebagaimana difahami daripada hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.
Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah s.a.w pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana.
Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia.
Rasulullah s.a.w telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.
Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah!!
Kaifiyat Solat Gerhana
Niatnya :
Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala - (Jika solat seorang diri)Dan :
Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala - (Jika berimam)
Pertama : Cara yang biasa
Solat dua rakaat di mana setiap rakaat mestilah mempunyai 2 kali qiam(berdiri) ,
2 kali membaca surah,
2 kali rukuk yang mana kesemuanya dilakukan secara biasa tanpa memanjangkannya.
Jadi untuk 2 rakaat kita hendaklah mempunyai 4 qiam(berdiri),
4 kali membaca surah dan 4 kali rukuk kesemuanya.
Sah juga dilakukan solat sunat gerhana ini sebagaimana solat Jumaat atau solat sunat biasa dengan 2 rakaat, 2 qiam dan 2 rukuk tetapi ia telah meninggalkan fadhilat sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
Kedua : Cara yang paling lengkap atau afdhal
Dilakukan dua rakaat dengan membaca surah yang panjang pada kedua-dua qiam bagi setiap rakaat seperti pada rakaat pertama dalam qiam pertama selepas surah Fatihah dibaca surah al-baqarah atau surah lain yang sama panjang dengannya.
Pada qiam kedua dalam rakaat pertama pula dibaca apa sahaja ayat yang menyamai 200 ayat. Dalam qiam pertama untuk rakaat kedua selepas Fatihah dibaca sebanyak 150 ayat dan pada qiam kedua pula dibaca 100 ayat daripada mana-mana surah daripada al-Quran. Kemudian ketika rukuk dipanjangkan sehingga menyamai 100 ayat dan ketika rukuk kedua pula menyamai 80 ayat.
Untuk rukuk ketiga iaitu pada rakaat kedua menyamai 70 ayat dan rukuk keempat menyamai 50 ayat.
Inilah dia kaifiyat atau pun cara yang paling sempurna dan afdhal.
Selepas selesai menunaikan sunat dua rakaat gerhana maka disunatkan untuk membaca dua khutbah sebagaimana khutbah Jumaat dari segi rukun dan syaratnya.
Di dalamnya disentuh masalah taubat, melakukan kebaikan dan juga memberi amaran agar umat Islam menjauhkan diri daripada lalai dan lupa kepada Pencipta iaitu Allah.
Cara Bacaan Ketika Solat Gerhana
Pertama :
Bagi solat sunat gerhana matahari, bacaannya adalah secara perlahan atau senyap
Hadis daripada imam Tarmizi daripada Samurah bin Jundub telah berkata :
Nabi s.a.w telah sembahyang dengan kami pada kusuf (gerhana matahari) tidak didengari baginya suara.
Kedua :
Bagi solat sunat gerhana bulan pula, bacaaannya adalah secara kuat
Hadis diriwayatkan daripada imam Bukhari dan Muslim daripada 'Aisyah :
Nabi s.a.w telah membaca secara kuat dalam solat khusuf (gerhana bulan) dengan bacaannya.
Daripada kedua-dua hadis ini memberi kefahaman kepada kita bagaimana solat gerhana matahari dibaca perlahan kerana ia ditunaikan pada waktu siang.
Manakala solat sunat gerhana bulan dilakukan pada waktu malam yang menyebabkan ia dibaca secara kuat.
Mandi Sunat Gerhana
Disunatkan kepada kita untuk mandi sebelum solat sunat gerhana sebagaimana hari Jumaat kerana kita mahu keluar untuk solat berjemaah.
--------------------------------------------------------------------------------
Biografi1. Al-Feqhul Minhaji, karangan Profesor Mustafa Al-Khan dan sahabatnya, Darul QalamAlih bahasa: Syai

Friday, February 6, 2009

ADAB BERPAKAIAN...



Antara adab berpakaian yang diatur oleh Islam ialah:-

l. Hendaklah menutup aurat.

Aurat lelaki menurut ahli hukum Islam ialah daripada pusat hingga ke lutut.
Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya.
Nabi Muhammad saw bersabda bermaksud:
"Paha itu adalah aurat."
(Hadis riwayat Imam Bukhari).

2. Pakaian tidak jarang supaya tidak menampakkan tubuh.
Pakaian yang jarang menampakkan aurat dan tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampakkan warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya.
Nabi bersabda bermaksud:
"Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia, dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liuk badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh."
(Hadis riwayat Muslim)

3. Pakailah pakaian yang tidak ketat supaya tidak kelihatan bentuk tubuh.
Lagi pun pakaian yang ketat menyusahkan pergerakan pemakainya.

4. Memakai pakaian yang tidak menimbulkan rasa sombong di hati pemakainya.
Nabi bersabda bermaksud:
"Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah tidak akan memandangnya pada hari kiamat."
Dalam hadis yang lain,
Rasulullah bersabda bermaksud:
"Barang siapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti."
(Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'iy dan Ibnu Majah)

5. Tidak menyerupai pakaian golongan bukan Islam
kerana dibimbangi orang Islam akan meninggalkan keperibadian Muslim sendiri.
Nabi bersabda bermaksud:
"Sesiapa meniru atau menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam golongan mereka." (Hadis riwayat Abu Daud)

6. Pakaian lelaki mesti berbeza daripada pakaian wanita.
Maksudnya, pakaian yang khusus untuk kaum lelaki tidak boleh dipakai oleh kaum wanita, begitu juga sebaliknya.
Rasulullah mengingatkan hal ini dengan keras menerusi sabdanya bermaksud:
"Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Nabi juga bersabda bermaksud:
"Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki."
(Hadis riwayat Abu Daud dan Al-Hakim).

7.Pakaian lelaki tidak boleh diperbuat daripada sutera
kerana diharamkan kaum lelaki memakai sutera.
Nabi bersabda bermaksud:
"Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat." (Hadis riwayat Muttafaq 'alaih)

8.Muslimah perlu melabuhkan pakaian hingga menutupi kaki. Pakailah tudung/mini telekung yang sesuai bagi menutupi kepala/rambut, tengkuk, leher dan dada.
Allah berfirman bermaksud:
"Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka menghulurkan jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang."
(Surah al-Ahzab, ayat 59)

9. Memilih pakaian berwarna putih kerana ia adalah yang terbaik untuk dipakai. Putih adalah warna yang sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah. Ia juga melambangkan kesucian.
Baginda bersabda bermaksud: "
Pakailah pakaian putih kerana ia lebih suci dan lebih baik, dan kafankan mayat-mayat kamu dengannya."
(Hadis riwayat An-Nasa'iy dan Al-Hakim). Berdasarkan berita yang sahih, baginda memakai baju hijau dan serban hitam. Hijau adalah warna kesukaan Nabi.

10. Lelaki Islam tidak dibolehkan memakai cincin emas.
Nabi bersabda bermaksud:
"Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada wanita."

11. Apabila memakai kasut atau seumpamanya, mulakan dengan sebelah kanan.

Apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri.
Rasulullah bersabda bermaksud: ."Apabila seseorang memakai kasut, mulakanlah dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya
(Hadis riwayat Imam Muslim)

12. Apabila memakai baju, seluar atau seumpamanya, mulakanlah juga dengan sebelah kanan.
Imam Muslim meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud: "Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kaki dan bersuci."


13. Apabila memakai pakaian yang baru dibeli, ucapkanlah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi (bermaksud): "Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakaikannya kepadaku, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya, Demikian itu telah datang daripada Rasulullah."

14. Berdoa setiap kali memakai dan menanggalkan pakaian supaya memperoleh keberkatan.
Ketika memakai pakaian, lafazkanlah: "Pujian kepada Allah yang mengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat mengindahkan diri dalam kehidupanku, Dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia." Sebagai seorang Islam, sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai menurut tuntutan agamanya.

Sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah imej seorang Muslim.

sumber rujukan ; http://iwanismail.blogspot.com/2005/04/berpakaian-jarang-diharam-cium-bau.html

hadiah kenangan...


hiasan dinding ... boleh gantung kat rumah ...gantung jangan tak gantung....kenangan tahun 2009 tu ...

hadiah istimewa ...


dah penat main...dapat hadiah pulak...seronoknye !

bowling pantai...


kelapa pun boleh jadi bowling....istimewanya bowling pantai ni kena lambung bola tu tinggi-tinggi...

sukaneka dewasa...


tarik tali...tarik jangan tak tarik...

sukaneka kanak-kanak...


acara isi air dalam botol .... cari jelly dalam pasir...lumba lari...dan macam-macam lagi...

Jom makan....

ketupat,ayam masak kicap,sambal goreng,donut,mee goreng,dadih,kekacang,macam-macam ada....

ombak kuat d'punggai ...

angin kuat...ombaknya pun kuat...mandi tetap mandi...bukan senang nak mandi pantai...mandi kat tepi-tepi pantai je...

D'Punggai...

24hb Februari 2009...hari keluarga di kota tinggi.Mulanya nak pegi Batu Layar tapi dah penuh...semua tmpat dah di "book"...cari...cari...akhirnya kami jumpa tempat yang strategik di D'Punggai...alhamdulillah semuanya dapat hadir...