CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, November 22, 2009

adinda yang dikasihi,
jangan bermain dengan api....
takutlah akan perkara yang mengundang kemurkaan Allah.

Ambillah lilin, nyalakan ia dan letakkan satu daripada sepuluh jari di api lilin itu. Hitunglah berapa saat mampu bertahan akan kepanasan api lilin yang membakar dan menghanguskan satu daripada sembilan jari.

Jika melepasi proses pertama ini, letakkanlah pula jari kedua hingga ke jari yang ke sepuluh.

Rasalah sendiri panasnya api.

Sesungguhnya kepanasan api lilin itu, hanyalah secebis daripada kepanasan api Neraka dan Murka Allah yang menanti manusia yang menzalimi manusia yang lain.

“Sebaik-baik kamu adalah kamu yang terbaik kepada keluarganya, dan aku adalah orang yang paling berbuat baik untuk keluargaku!” [Hadith daripada Aisyah radhiyallaahu ‘anha, dikeluarkan oleh al-Tirmidhi]

Friday, November 13, 2009

adakah dgn memakai contact lens hazel dan rambut berwarna brunnet, wajah tampak lebih anggun berseri? saya percaya wajah yg sering dibasahi wuduk dan kerap tunduk sujud di hamparan sejadah lebih bersinar auranya. tak percaya…cubalah

http://ummusaif.com/2009/07/mewarna-rambut-bolehkah/

Saturday, October 17, 2009

ORKID'S MAK






CLOSE UP










HANTARAN















Tuesday, October 13, 2009

PELAMIN












REWANG











Wednesday, May 6, 2009

TERNAKAN LEMBU







Thursday, April 16, 2009

pakai tudung...

1. INPUT - PROSES - OUTPUT

AQIDAH - IBADAH - AKHLAK

IMAN - HUKUM HAKAM - BAIK ATAU TAK BAIK

Kalau kita sebut dia itu baik dengan alasan dia pakai tudung, ini bermakna kita menganggap

bahawa pakai tudung itu output. In other word, kalau pakai tudung, tercapailah maksud

beragama dalam dirinya. Betulkah begitu? Sedangkan bagai yang dimomok-momok orang,

ramai yang bertudung tapi bergelumang dengan maksiat.

Justeru harus dibetulkan balik…

Pakai tudung bukan output.

Pakai tudung ialah proses.

Proses untuk jadikan orang baik.

Dia baik dengan alasan dia pakai tudung… SALAH

Kalau dia nak baik, dia kena pakai tudung … BETUL

Sebab tudung ialah PROSES untuk baikkan si pemakai.

Tapi…

Macam mana pulak kalau ada orang yang pakai tudung tapi tak jadi baik? Jawabnya, mungkin

ada yang tidak betul pada input dan prosesnya.

Pakai tudung dengan asas input ia peraturan sekolah, bukan sebab iman.

Pakai tudung dengan asas input ia nampak lebih berkesan untuk fashionable, bukan sebab iman.

Pakai tudung dengan asas input, takut orang mengata balik umrah dan haji masih tak

bertudung..

Maka salah input.

Pakai tudung dengan niat yang betul, tapi pakai tudung yang menarik perhatian orang, harga
entah berapa ratus ringgit, pakai dengan penuh gaya tetapi masih nampak tengkuk etc…

Maka salah proses…

Ada pun, orang yang baik tanpa memakai tudung, dia baik pada hablun minannaas. tapi dia tidak

endah kepada apa pandangan Allah kepadanya. Apakah Allah Tuhan yang tidak berdisiplin?

Suruh manusia pakai tudung, tapi tak apa, kalau tak pakai pun tak apa… err, Subhanallah…

Maha Suci Allah dari disifatkan sedemikian rupa.

Wallahu A’lam

sumber rujukan : http://www.saifulislam.com

Wednesday, March 25, 2009

BUNGA DALAM TAMAN

bunga depan pintu
orkid

bendi merah


bunga bendi





PROJEK TANAMAN SAYUR EMAK

kedondong dalam poli beg
semaian

tanaman dalam poli beg


deretan pokok bendi






deretan pokok lada




projek ikan keli


Saturday, February 14, 2009

GERHANA



Diriwayatkan oleh imam Muslim yang bermakna :
Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.
Walaupun begitu, disunatkan sembahyang gerhana dua rakaat.
Rencana ringkas mengenai gerhana dalam Islam adalah seperti berikut:-
Definasi Kusuf dan Khusuf
Kusuf
dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari samada terlindungnya itu dalam bentuk juzu'nya atau keseluruhannya.
Khusuf
pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan secara juzu' atau pun keseluruhannya.
Ada juga ulama' yang berpendapat sebaliknya dan ramai ulama' yang menyatakan bahawa kedua-dua kalimah itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali samada gerhana bulan atau pun matahari.
Hukum Solat Gerhana Matahari
Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan
sebagaimana difahami daripada hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.
Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah s.a.w pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana.
Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia.
Rasulullah s.a.w telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.
Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah!!
Kaifiyat Solat Gerhana
Niatnya :
Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala - (Jika solat seorang diri)Dan :
Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala - (Jika berimam)
Pertama : Cara yang biasa
Solat dua rakaat di mana setiap rakaat mestilah mempunyai 2 kali qiam(berdiri) ,
2 kali membaca surah,
2 kali rukuk yang mana kesemuanya dilakukan secara biasa tanpa memanjangkannya.
Jadi untuk 2 rakaat kita hendaklah mempunyai 4 qiam(berdiri),
4 kali membaca surah dan 4 kali rukuk kesemuanya.
Sah juga dilakukan solat sunat gerhana ini sebagaimana solat Jumaat atau solat sunat biasa dengan 2 rakaat, 2 qiam dan 2 rukuk tetapi ia telah meninggalkan fadhilat sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
Kedua : Cara yang paling lengkap atau afdhal
Dilakukan dua rakaat dengan membaca surah yang panjang pada kedua-dua qiam bagi setiap rakaat seperti pada rakaat pertama dalam qiam pertama selepas surah Fatihah dibaca surah al-baqarah atau surah lain yang sama panjang dengannya.
Pada qiam kedua dalam rakaat pertama pula dibaca apa sahaja ayat yang menyamai 200 ayat. Dalam qiam pertama untuk rakaat kedua selepas Fatihah dibaca sebanyak 150 ayat dan pada qiam kedua pula dibaca 100 ayat daripada mana-mana surah daripada al-Quran. Kemudian ketika rukuk dipanjangkan sehingga menyamai 100 ayat dan ketika rukuk kedua pula menyamai 80 ayat.
Untuk rukuk ketiga iaitu pada rakaat kedua menyamai 70 ayat dan rukuk keempat menyamai 50 ayat.
Inilah dia kaifiyat atau pun cara yang paling sempurna dan afdhal.
Selepas selesai menunaikan sunat dua rakaat gerhana maka disunatkan untuk membaca dua khutbah sebagaimana khutbah Jumaat dari segi rukun dan syaratnya.
Di dalamnya disentuh masalah taubat, melakukan kebaikan dan juga memberi amaran agar umat Islam menjauhkan diri daripada lalai dan lupa kepada Pencipta iaitu Allah.
Cara Bacaan Ketika Solat Gerhana
Pertama :
Bagi solat sunat gerhana matahari, bacaannya adalah secara perlahan atau senyap
Hadis daripada imam Tarmizi daripada Samurah bin Jundub telah berkata :
Nabi s.a.w telah sembahyang dengan kami pada kusuf (gerhana matahari) tidak didengari baginya suara.
Kedua :
Bagi solat sunat gerhana bulan pula, bacaaannya adalah secara kuat
Hadis diriwayatkan daripada imam Bukhari dan Muslim daripada 'Aisyah :
Nabi s.a.w telah membaca secara kuat dalam solat khusuf (gerhana bulan) dengan bacaannya.
Daripada kedua-dua hadis ini memberi kefahaman kepada kita bagaimana solat gerhana matahari dibaca perlahan kerana ia ditunaikan pada waktu siang.
Manakala solat sunat gerhana bulan dilakukan pada waktu malam yang menyebabkan ia dibaca secara kuat.
Mandi Sunat Gerhana
Disunatkan kepada kita untuk mandi sebelum solat sunat gerhana sebagaimana hari Jumaat kerana kita mahu keluar untuk solat berjemaah.
--------------------------------------------------------------------------------
Biografi1. Al-Feqhul Minhaji, karangan Profesor Mustafa Al-Khan dan sahabatnya, Darul QalamAlih bahasa: Syai

Friday, February 6, 2009

ADAB BERPAKAIAN...



Antara adab berpakaian yang diatur oleh Islam ialah:-

l. Hendaklah menutup aurat.

Aurat lelaki menurut ahli hukum Islam ialah daripada pusat hingga ke lutut.
Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya.
Nabi Muhammad saw bersabda bermaksud:
"Paha itu adalah aurat."
(Hadis riwayat Imam Bukhari).

2. Pakaian tidak jarang supaya tidak menampakkan tubuh.
Pakaian yang jarang menampakkan aurat dan tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampakkan warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya.
Nabi bersabda bermaksud:
"Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia, dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liuk badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh."
(Hadis riwayat Muslim)

3. Pakailah pakaian yang tidak ketat supaya tidak kelihatan bentuk tubuh.
Lagi pun pakaian yang ketat menyusahkan pergerakan pemakainya.

4. Memakai pakaian yang tidak menimbulkan rasa sombong di hati pemakainya.
Nabi bersabda bermaksud:
"Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah tidak akan memandangnya pada hari kiamat."
Dalam hadis yang lain,
Rasulullah bersabda bermaksud:
"Barang siapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti."
(Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'iy dan Ibnu Majah)

5. Tidak menyerupai pakaian golongan bukan Islam
kerana dibimbangi orang Islam akan meninggalkan keperibadian Muslim sendiri.
Nabi bersabda bermaksud:
"Sesiapa meniru atau menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam golongan mereka." (Hadis riwayat Abu Daud)

6. Pakaian lelaki mesti berbeza daripada pakaian wanita.
Maksudnya, pakaian yang khusus untuk kaum lelaki tidak boleh dipakai oleh kaum wanita, begitu juga sebaliknya.
Rasulullah mengingatkan hal ini dengan keras menerusi sabdanya bermaksud:
"Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Nabi juga bersabda bermaksud:
"Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki."
(Hadis riwayat Abu Daud dan Al-Hakim).

7.Pakaian lelaki tidak boleh diperbuat daripada sutera
kerana diharamkan kaum lelaki memakai sutera.
Nabi bersabda bermaksud:
"Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat." (Hadis riwayat Muttafaq 'alaih)

8.Muslimah perlu melabuhkan pakaian hingga menutupi kaki. Pakailah tudung/mini telekung yang sesuai bagi menutupi kepala/rambut, tengkuk, leher dan dada.
Allah berfirman bermaksud:
"Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka menghulurkan jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang."
(Surah al-Ahzab, ayat 59)

9. Memilih pakaian berwarna putih kerana ia adalah yang terbaik untuk dipakai. Putih adalah warna yang sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah. Ia juga melambangkan kesucian.
Baginda bersabda bermaksud: "
Pakailah pakaian putih kerana ia lebih suci dan lebih baik, dan kafankan mayat-mayat kamu dengannya."
(Hadis riwayat An-Nasa'iy dan Al-Hakim). Berdasarkan berita yang sahih, baginda memakai baju hijau dan serban hitam. Hijau adalah warna kesukaan Nabi.

10. Lelaki Islam tidak dibolehkan memakai cincin emas.
Nabi bersabda bermaksud:
"Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada wanita."

11. Apabila memakai kasut atau seumpamanya, mulakan dengan sebelah kanan.

Apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri.
Rasulullah bersabda bermaksud: ."Apabila seseorang memakai kasut, mulakanlah dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya
(Hadis riwayat Imam Muslim)

12. Apabila memakai baju, seluar atau seumpamanya, mulakanlah juga dengan sebelah kanan.
Imam Muslim meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud: "Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kaki dan bersuci."


13. Apabila memakai pakaian yang baru dibeli, ucapkanlah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi (bermaksud): "Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakaikannya kepadaku, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya, Demikian itu telah datang daripada Rasulullah."

14. Berdoa setiap kali memakai dan menanggalkan pakaian supaya memperoleh keberkatan.
Ketika memakai pakaian, lafazkanlah: "Pujian kepada Allah yang mengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat mengindahkan diri dalam kehidupanku, Dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia." Sebagai seorang Islam, sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai menurut tuntutan agamanya.

Sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah imej seorang Muslim.

sumber rujukan ; http://iwanismail.blogspot.com/2005/04/berpakaian-jarang-diharam-cium-bau.html

hadiah kenangan...


hiasan dinding ... boleh gantung kat rumah ...gantung jangan tak gantung....kenangan tahun 2009 tu ...

hadiah istimewa ...


dah penat main...dapat hadiah pulak...seronoknye !

bowling pantai...


kelapa pun boleh jadi bowling....istimewanya bowling pantai ni kena lambung bola tu tinggi-tinggi...

sukaneka dewasa...


tarik tali...tarik jangan tak tarik...

sukaneka kanak-kanak...


acara isi air dalam botol .... cari jelly dalam pasir...lumba lari...dan macam-macam lagi...

Jom makan....

ketupat,ayam masak kicap,sambal goreng,donut,mee goreng,dadih,kekacang,macam-macam ada....

ombak kuat d'punggai ...

angin kuat...ombaknya pun kuat...mandi tetap mandi...bukan senang nak mandi pantai...mandi kat tepi-tepi pantai je...

D'Punggai...

24hb Februari 2009...hari keluarga di kota tinggi.Mulanya nak pegi Batu Layar tapi dah penuh...semua tmpat dah di "book"...cari...cari...akhirnya kami jumpa tempat yang strategik di D'Punggai...alhamdulillah semuanya dapat hadir...

Saturday, January 31, 2009

DIET CARA ISLAM

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + makan BUAH +
:- KOKTEL
#JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI ,SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIHDAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM .SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAMDIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayammengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam ion+ bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yangboleh merosakkan usus kita.# Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik.Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.Rasulullah mengamalkan# minum segelas air sejuk (bukan air ais)setiap pagi.Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
# Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur(sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa).Ia boleh mengelak dari sakitpening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajiankenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemuibeberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah.Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.Nabi juga mengajar kita# makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawaEnzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.(enzyme:alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)Sama2lah kita mengamalkannya.......WallahuA'lam

Wednesday, January 28, 2009

PESANAN BERSAMA ...

Apa yang paling penting...
kita hendaklah BERSYUKUR DGN APA YG KITA MILIKI SEKARANG INI...
Hindarkan dari merunggut-runggut...
Luahkan kesyukuran dengan Alhamdulilah...
sebenarnya ada orang yang lebih susah dari kita...
Suburkan sifat Redha dalam hati kita...
Suburkan semangat untuk maju dalam diri kita

UNTUKMU AYAHBONDA...

Buat kedua ayahbonda tercinta,
kami semua mendoakan agar ayahbonda sentiasa selamat sejahtera bahagia di dunia dan di akhirat.Kami sentiasa mengharap yang terbaik untuk ayahbonda.
kami mohon ampun maaf atas segala salah silap kami selama ini.Mungkin menerusi perkataan ataupun perbuatan kami ada yang menyakiti hati ayahbonda samada kami sengaja atau tidak,kami mohon agar dimaafkan.
Segala makan minum kami minta dihalalkan.
Restuilah perjalanan hidup kami...
kami dahagakan tunjukajar serta bimbingan ayahbonda dalam mengharungi cabaran hidup ini.

PESANAN BERSAMA...

adik-adik yang dikasihi,
ingatlah musuh kita adalah syaitan...berpeganglah pada tali Allah.
Tiada manusia yang sempurna di dunia ini.
Salah,silap,lupa,alpa itulah lumrah manusia...
perbaikilah diri hari demi hari...
Demi masa...manusia itu dalam kerugian melainkan mereka yang beriman dan berbuat amal soleh..berpesan pada kebenaran dan berpesan pada kebaikan ...

PESANAN BERSAMA ...

Dik ,
Dugaan hidup adalah asam garam dalam kehidupan…setiap orang akan melaluinya…sekiranya dugaan sedang melanda banyak-banyak bersabar,istigfar mohon ampun pada Allah,tidak Allah jadikan sesuatu dengan sia-sia,pasti ada hikmah di sebaliknya.

Dik,
Tiada manusia yang sempurna di dunia ini,tiada manusia yang sunyi dari kesilapan dan kesalahan….namun begitu berusahalah agar kita menjadi mukmin dan muslim yang sempurna imannya…kerana iman itu boleh bertambah dengan amal soleh dan iman boleh berkurang dan menipis dengan maksiat dan jauh dari Allah.

Dik,
Allah berfiman dalam surah Al-Asr yang maksudnya( Demi masa….sesungguhnya manusia itu dalam kerugian melainkan mereka yang beriman dan mereka yang beramal soleh dan mereka yang berpesan-pesan pada kebenaran dan mereka yang berpesan-pesan dengan kesabaran )….

Justeru itu alangkah baiknya sekiranya kita saling tegur menegur,nasihat menasihati ,ada rasa tanggungjawab sesama kita untuk menegur sekiranya ada kesilapan.pihak yang menerima teguran menerima dengan hati yang lapang dan terbuka,pihak yang menegur pula hendaklah menegur dengan niat membawa kebenaran ,membawa kebaikan dan ikhlas menegur lillahi Taala.
Cara tegurannya dengan berhemat,hendaklah sabar dalam berpesan-pesan.

Dik,
Terkadang kita tak terperasan dalam tutur kata,dalam tindaktanduk atau keputusan yang kita buat rupanya kita telah tersilap…..siapa yang akan beritahu kalau tidak sesame kita….kita umpama cermin pada yang lain….kita nampak diri kita pada keluarga kita,saudara kita atau sahabat kita….umpama cermin…kalau tiada cermin mana mungkin kita nampak diri kita sendiri…bila kita lihat cermin barulah kita tahu kemas atau comotnya kita,bersih atau kotornya kita,betul atau salahnya kita…jadi jangan cepat melenting bila di tegur…Sebaiknya dengar , fikir dan bincang dengan baik…insyaallah semuanya khair….

Dik,
Sekiranya ada sesuatu permasalahan… jangan dengar dari sebelah pihak sahaja…perlu dengar dari kedua-dua pihak….kalau kita dipertanggungjawabkan untuk memutuskan atau menyelesaikan sesuatu perkara,kedua-dua pihak perlu bersemuka dan mendengar dari keduanya…itu lebih adil….penilaian tidak dapat dijalankan dengan baik menerusi maklumat sebelah pihak sahaja….Sekiranya kita yang terlibat pula,perlu bagi kita bersuara bagi melahirkan apa sebenarnya yang terjadi,sekiranya kita mengambil keputusan untuk mendiamkan diri,ia tidak membantu malah memberi kesan buruk jangka panjang…malahan tindakan kita itu mengundang salah faham yang berlarutan …diam tandanya setuju…jadi segala kesalahan akan terbeban dan tergalas di bahu kita sendiri…tiada siapa yang sudi membela… walaupun sebenarnya tidak semua kesalahan itu berpunca dari kita…tegakkan lah kebenaran sekiranya kita di pihak yang benar….jangan diamkan diri…atau mengelak dari memberi penjelasan….jelaskanlah agar permasalahan dapat diselesaikan dengan mudah…Namun sekiranya kita bersalah sekalipun diam bukan jalan terbaik…..akuilah kesilapan tersebut…kerana semua manusia pernah buat kesilapan ….pilihlah untuk mengakui kesilapan ,minta maaf ,mohon ampun ,beristigfar kepada Allah,bertaubatlah….insaflah…kerana pintu taubat masih terbuka untuk kita …. Itulah jalan terbaik untuk kita dan untuk semuanya….

Dik,
Fikirkanlah untuk ayahbonda,anak-anak dan keluarga…buatlah keputusan yang terbaik untuk semua….

RENUNGAN BERSAMA ...

“ Gantungkan azammu…
setinggi bintang di langit...
Rendahkan hatimu…
serendah mutiara di lautan...”

Cita-cita biar setinggi bintang di langit...sekiranya tidak dapat capai bintang...capai awan pun tinggi lah jua...jangan takut untuk menyimpan azam kerana kalau hanya ingin mencapai pokok,kalau tak dapat jatuh ke bumi....bintang tu cantik berkelip-kelip di waktu malam ...menghiasi langit dan menjadi panduan kepada musafirmutiara sungguhpun letaknya nun jauh di dasar lautan namun begitu ia berharga dan di cari orang...

PESANAN BERSAMA ...

berhati-hati apabila bersuara…
brfikir sebelum berkata…
sesungguhnya tusukan kata-kata itu…
lebih tajam dari tusukan pedang…
pepatah melayu menyebut …
kerana mulut badan binasa…
dalam agama juga menyebut…
kata-kata itu merupakan doa…
banyak salah faham berlaku…
apabila berkata mengikut emosi…
terlajak perahu boleh berundur…
terlajak kata buruk akibatnya…

HAPPY ANNIVERSARY...

SEPT 4 hb kak ani & abg sam
DIS 27hb emak & abah
Abg as & kak juli
Abg zai & kak mira

HAPPY BIRTHDAY TO….

JAN 7hb anisah
11hb aiman
FEB 26 hb hazeem

MAC 1hb hamira
APRIL 4hb zaidi

7hb lina
MEI 3hb abah
OGOS 4hb hazeeq
OKT 3hb hisham

6hb Linda
10hb juliana
NOV 19hb Daniel

24hb abg as
27hb mak
30hb siti
DIS 22hb nabilah

25hb najihah
Darwish…danish…amar..

MAHLIGAI IMPIAN

1. buat matlamat hidup yang sama dan dipersetujui
2. tampal matlamat hidup yang sama di tempat yang selalu boleh di baca
3. bertindak bersama-sama jadikan matlamat sebagai guide


keluarga yang bahagia
hati yang tenang
kasih sayang semakin teguh

Cara untuk capai matlamat tersebut :

1- mohon dengan sungguh setiapkali berdoa.
baiki kualiti solat fardu.hiasi dengan amalan sunat.
Hampirkan diri kepada pncipta hari demi hari.
2- adakan aktiviti pengukuhan kasih sayang
sekeluarga spt solat berjamaah,usrah,
pendidikan sepanjang hayat,permainan dan pelancongan.
3- lafazkan terima kasih dan sering beri
penghargaan.
4- aktifkan kuasa sentuhan (jgn biarkan satu hari pun berlalu tanpa
sentuhan/belaian) sentuhan adalah rawatan paling mujarab,
belaian menjadikan diri lebih berkeyakinan.
5-beri teguran yang membina dengan ikhlas dan
nada yang lembut dan masa yang sesuai.
6-Masalah atau kesilapan dicarikan penyelesaian


bukan dikusutkan.
7- bertolak ansur
8- bersabar
anak2 yang sihat,bijak,soleh,hebat

cara untuk mencapai matlamat tersebut :

Tunjukkan contoh teladan
Pandang anak dengan kasih sayang sewaktu menegur
bukan dengan pandangan benci kerana kesalahan tersebut.


kerjaya yang success

cara untuk mencapai matlamat tersebut :

1)Penuh komitmen
2)Tidak curi tulang
3) Kerja dengan sempurna ,
rezeki yang berkat,
keluarga sakinah
amalan yang bertambah
kesihatan yang sempurna

cara untuk mencapai matlamat itu :

Amalkan pemakanan yang seimbang & berkhasiat
Sumber yang halal
Senaman yang berterusan
KUNCI UNTUK CAPAI MATLAMAT :

-Satukan Harapan dan impian
-hadirkan keikhlasan -adil dalam mengatur kerja
dan urusan rumahtangga
-saling menghargai
-tolak ansur
-pemurah
-banyak bersedekah
-seimbang dan bersederhana
-menghargai masa-saling menghormati

DOA KELUARGA


بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah ! Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,bertemu untuk mematuhi perintahMu,bersatu memikul beban dakwahMu,
hati-hati ini telah mengikat janji untuk mendaulat dan menyokong syariatMu,
Maka eratkanlah Ya Alla akan ikatannya dan kekalkan kemesraan di antara hati-hati ini.
Ya Allah perkenalkanlah permintaan ini "
YA ALLAH YA GHAFFAR.....
Kami mohon dengan sebesar-besar permohonan....
Ampunilah dosa-dosa kami.....
Sesungguhnya kami tak mampu menanggung siksa nerakaMu.
YA ALLAH YA RAHMAN....
Kami mohon petunjukMu dalam mengharungi hidup ini.Berilah kami taufik dan hidayahMu agar kami sentiasa mengisi hidup kami dengan melakukan amar ma'ruf nahi mungkar.
YA ALLAH YA JAMAL....
Hiasilah kami dengan kecantikan diri,kesihatan yang sempurna & akhlak mulia,
Suburkanlah Sunnah Rasullullah dalam amalan harian kami,Lembutkanlah lidah kami agar sentiasa menuturkan kalimah yang Engkau redhai.
YA ALLAH YA HAKIM...
Bersihkanlah hati kami dari kekotoran hati agar mudah kami menerokai ilmu,tajamkanlah akal kami agar bijak mengatur perjalanan hidup kami dengan kebajikan dan kebaikan,Kurniakanlah kami usia yang panjang dengan penuh nikmat islam dan iman.
YA ALLAH YA RAHIM...
Limpahilah dan cukupilah kami dengan rezeki yang halal lagi berkat.Cukupilah kami masa yang lapang dan hati yang tenang.Kami mohon padaMu Ya Allah agar keluarga ini jauh dari segala keburukan,lindungilah kami dari anasir-anasir buruk,sikap dan sifat yang yang buruk.Kami mohon padaMu Ya Allah agar keluarga kami ini sentiasa mendapat rahmat dan inayahMu serta selamat,sejahtera berbahagia di dunia dan di akhirat.
YA ALLAH KAMI MOHON UNTUK AYAHANDA KAMI HJ MOHAMED MASRI BIN HJ ABD KADIR DAN BONDA KAMI HJH JAMILAH BINTI HJ ATON …
1- Ampunilah dosa keduaya
2-Rahmatilah keduanya sebagaimana mereka mengasihi kami ketika kami kecil
3-Panjangkanlah usia mereka dengan kesihatan tubuh badan serta sentiasa dalam nikmat iman dan islam
4-Anugerahilah mereka ketenangan hati dan kelapangan masa
5-Limpahilah kesenangan dalam hidup mereka
6-Permudahkanlah segala urusan mereka
YA ALLAH KAMI MOHON UNTUK ADIK BERADIK KAMI YANG TELAH BERKELUARGA
1-Anugerahi keluarga yang harmoni dan bahagia pada mereka
2-Suami / isteri yang soleh solehah serta anak-anak penyejuk hati dan penenang fikiran
3-Rezeki yang berkat.
YA ALLAH KAMI MOHON UNTUK ADIK BERADIK KAMI YANG BELUM SERTA YANG BAKAL BERKELUARGA
1-Dipertemukan dengan pasangan yang soleh,mengasihi kerana Allah dan dapat memimpin keluarga yang bahagia dunia akhirat.
2-Semoga majlis keraian perkahwinan mereka nanti dapat dijalankan dengan baik dan lancar

TENTATIF HARI KELUARGA

tarikh : 26 januari 2009 m bersamaan 29 muharram 1430 h
lokasi : pantai punggai ,kota tinggi


ketibaan dif terhormat
ucapan aluan-aluan
bacaan doa
jamuan
sukaneka
penyampaian hadiah
bergambar ramai-ramai
selawat dan bersalaman

RANCANGAN TAHUNAN

HARI KELUARGA
BACAAN YASSIN BULANAN

TAJUK USRAH

PEMAKANAN CARA ISLAM
KEPENTINGAN SOLAT
PANDUAN MENDIDIK ANAK
REZEKI YANG BAROKAH
AQIDAH YANG MANTAP
PAKAIAN MENURUT ISLAM
KEPENTINGAN KEBERSIHAN